Isnin, 9 Januari 2012

JEMPUTAN RASMI KE PERHIMPUNAN KARYAWAN SARAWAK

Ruj kami : PEKASA/12/SU1-PKS2012/(98)
Tarikh : 6 Januari 2012 (12 Safar 1433H) – Jumaat

Ketua Satu/Presiden
Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan
(PERWILLA)

Tuan,

JEMPUTAN RASMI KE PERHIMPUNAN KARYAWAN SARAWAK 2012 (PKS2012)

Dengan hormatnya ingin saya menarik perhatian tuan tentang perkara tersebut di atas. Perkara tersebut di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa PEKASA dengan kerjasama Pejabat Ketua Menteri Sarawak, DBP Sarawak, JKKN dan Percetakan Nasional Berhad akan mengadakan Perhimpunan Karyawan Sarawak 2012 (PKS2012) bertemakan ‘Transformasi Kepengarangan Mendepani Perubahan’ yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib bin Mahmud serta akan menghimpunkan para karyawan dari seluruh Sarawak bersama jemputan dari badan kerabat GAPENA dari semenanjung termasuk dari Labuan, Brunei, Kalimantan dan Sabah pada:

1.1 Tarikh : 22-23 Januari 2012 (Ahad-Isnin)
1.2 Masa : 1.00 ptg (Ahad) – 12.30 t/hari (Isnin)
1.3 Tempat : Hotel PenView, Jalan Pending, Kuching, Sarawak.
1.4 Pakaian : batik/pakaian cassual yang kemas.

2. Sehubungan itu, kami dengan segala hormatnya mengundang pihak tuan untuk turut hadir ke PKS2012. Pihak kami hanya menyediakan penginapan (hotel) beserta makan-minum sahaja sepanjang perhimpunan. Semua kos pengangkutan adalah tanggungan pihak tuan sendiri.

3. Bayaran pendaftaran ialah RM40 untuk seorang peserta boleh dijelaskan sewaktu mendaftar masuk. Sila berhubung dengan saya di 019-4824976 (Cikgu Ahmad Zaidi) pada atau sebelum 13 Januari 2012 untuk tujuan tempahan bilik.

Sesungguhnya, perhatian dan sokongan padu pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutan terima kasih. Semoga Allah memberi kesejahteraan yang berpanjangan buat kita semua. Sekian, terima kasih.

“Martabat Sastera Pemersatuan Bangsa”

Salam hormat,


(AHMAD ZAIDI BIN NORDIN)
Setiausaha Satu PEKASA Sarawak

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA