Rabu, 27 Julai 2011

MESYUARAT AJK PERWILA 2011/2013-03

TARIKH : 28hb. Julai 2011
TEMPAT : SMK Mutiara Labuan
MASA : 8.00 malam


AGENDA:

1. Ucapan Pengerusi/Ketua 1
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. Perkara-Perkara Berbangkit
4. Laporan Dialog Borneo Kalimantan Ke 11
5. Tuan Rumah Dialog Borneo Kalimantan Ke 12
6. Pertemuan Penyair Nusantara
7. Hal-Hal Lain

Kehadiran anda semua amatlah diharap-harapkan demi melancarkan aktiviti PERWILA

Selasa, 19 Julai 2011

Ahli Perwila Di Samarinda, Dialog Borneo Kalimantan xi

Perwila telah menghantar 3 orang wakil ke Dialog Borneo Kalimantan xi, di Samarinda pada 13 hingga 15 Julai 2011 yang lalu. Mereka ialah Tuan Hj Othman Mahali selaku ketua rombongan, Tuan Hj. Suili Bakar (AJK) dan Nadirah Junior (Pen. Su).


Kepada Tuan Hj Othman Mahali, Tuan Hj. Suili Bakar dan Nadirah Junior, saya selaku Setiausaha Perwila 2011/2013 mewakili Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) mengucapkan ribuan terima Kasih kerana sudi menjadi wakil Perwila ke Samarinda.

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA