Rabu, 13 Oktober 2010

Bengkel Penulisan Bersama Resmanshah Di SM Sains WP Labuan

Sebelum ini Tuan Resmanshah hanya mengadakan seminar di sekolah-sekolah menengah WP Labuan, tapi atas permintaan guru-guru dan para pelajar, kali ini beliau telah membuat bengkel untuk sekolah tersbut.

Sdr Sahar Misron Ketua Dua PERWILA memberi ucapan alu-aluan


Bengkel dimulakan dengan penuh ketenangan, walaupun terdapat gangguan teknikal sebelum bengkel dimulakan.



Para pelajar memberi penuh pehatian



Ahli PERWILA yang setia menemani Tuan Resmanshah berseminar dan berbengkel


Penyampaian cenderahati dari SM Sains WP Labuan kepada Tuan Resmanshah


Hari kedua 14 Oktober 2010

Sebelum bengkel dimulakan, adik N. Athirah sempat membaca puisi bertajuk "Sepulau Sekasih Kita" karya Norgadis Labuan untuk para pelajar yang sedang menunggu ketibaan penceramah Tuan Resmanshah.


Cik N.Athirah ahli PERWILA yang merupakan salah seorang pelajar SMK Mutiara WP Labuan


Walaupun kesihatan Tuan Resmanshah tidak memuaskan waktu itu, namun untuk tidak menghampakan para pelajar yang benar-benar berminat dalam bidang penulisan, akhirnya Tuan Resmanshah meneruskan juga bangkel beliau.



Antara pelajar yang mengikuti bengkel selama dua hari


Cik Hatikah pelajar SM Sains WP Labuan sempat bergambar bersama Norgadis Labuan



Sesi menandatangani buku dan novel

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA