Sabtu, 12 Jun 2010

Malam Ramah Mesra Bersama Kembara Sastera PERWILA di Membakut

12 Jun 2010, 8.30 malam di Dewan Seri Pimping, Membakut.

Kampung Pimping, Membakut merupakan destinasi terakhir kunjungan Rombongan Kembara Sastera PERWILA 2010. Sambutan yang sangat meriah dari karyawan, penduduk, iman dan Ketua Kampung Pimping Membakut membuat para rombongan terharu.




Sedikit ucapan dari ketua rombongan PERWILA dan ucapan perasmian dari wakil Membakut



Drama pentas kisah asal usul Kampung Pimping, Membakut yang cukup memukau para penonton


Selain daripada lakonan pentas, karyawan Membakut juga membuat persembahan bacaan puisi, syair dan muzik tradisional

Rombongan Kembara Sastera PERWILA dijemput untuk menepung tawar pasangan pengantin lakonan karyawan Membakut


Persembahan lagu tradisional oleh karyawan Membakut



Bacaan puisi oleh Norgadis Labuan, Liza Aly, N Athirah, Nurzafirah, Najwa dan Hajjah Hasnah



Peserta kembara sastera PERWILA dijemput menari sama, ketua dan penyelaras rombongan sdr Sahar Misron dan Tn Hj Othman Mahali tidak terkecuali memeriahkan acara tersebut


Pertukaran cenderakenangan dari keduabelah pihak


Bergambar kenangan bersama Rombongan Kembara Sastera PERWILA dan karyawan Membakut

Terima kasih kepada Hajjah Suraya Ibrahim, Ketua Kg. Pimping, Imam Kg Pimping karyawan dan semua yang terlibat menjayakan dan menyerikan Majlis Malam Ramah Mesra Bersama Kembara Sastera perwila di Kg. Pimping, Membakut.

Bukan datang sembarang datang,
PERWILA datang dari Labuan,
Senyum sopan pandang memandang,
Sambutan menarik kami tertawan.

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA