Ahad, 23 Mei 2010

Minggu Ketiga. Program Promosi Kesihatan Dan Kesenian Anjuran PERWILA

Program Minggu Ketiga Promosi Kesihatan Dan Kesenian Anjuran PERWILA ini diadakan di SMK Lajau, WP Labuan. Program tersebut berjalan pada pagi ahad 23 Mei 2010.


Aktiviti Senam Seni



Senam Seni 1 Malaysia

Puisi IBU karya Norgadis Labuan, dari Antologi Puisi SEPULAU SEKASIH KITA telah menitiskan air mata N Athirah

Para pelajar sedang menghayati puisi yang dibaca


Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi program minggu lepas, aktiviti menulis puisi berkumpulan.

Bagi program kali ini, PERWILA telah menjemput Puan Faridah untuk memberi ceramah pantun kepada para pelajar yang menghadiri program.
Puan Faridah Dan Cik Rafidah




Terima Kasih Kepada
Kumpulan Tenaga Pengajar Senam Seni, AJK PERWILA Sahar Misron, Hjh Hasnah Sambas, Hj Othman Mahali, Suili Bakar, Faridah Amit, Norgadis Labuan, Rafidah Mohamad, Rabia Aisah, N Athirah, Nurzafirah Nadirah dan kepada guru-guru SMK Lajau / SMK Pantai serta semua yang terlibat menjayakan minggu ke 3 program promosi kesihatan dan kesenian ini.

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA