Isnin, 8 Mac 2010

Program Kembara Budaya Sastera PERWILA

Pendahuluan
Program Kembara Budaya Sastera atau nama-nama lain yang diputuskan kemudian merupakan perjalanan ke pekan-pekan kecil di pesisir Teluk Brunei seperti Limbang, Temburong, Lawas, Sipitang, Beaufort dan Membakut, disamping mengadakan aktiviti-aktiviti sastera dan budaya serta untuk mengeratkan persahabatan serumpun dan sebudaya. Kembara ini juga diharapkan dapat menghilangkan dari rasa tertekan tugas atau mendapat ilham-ilham baharu dari alam semulajadi dalam menghasilkan karya-karya penulisan.


JADUAL PROGRAM(Cadangan)

1. 10/06/2010 (Khamis) - Berkumpul/bertolak dari Terminal Feri
  • 07.30 pg - (kenderaan) Labuan ke Limbang
  • 02.00 ptg - Dijangka tiba di Limbang
  • 08.00 mlm - Aktiviti sastera/budaya Limbang>>Aturcara: Limbang

2. 11/06/2010 (Jumaat) - Bertolak ke Temburong
  • 07.30 pg - Pertemuan dengan penulis/budayawan Temburong>>Aturcara: Temburong
  • 12.00 t/h - Merarau & Solat Jumaat
  • 02.00 ptg - Bertolak ke Lawas
  • 08.00 mlm - Aktiviti sastera/budaya Lawas>>Aturcara: Lawas

3. 12/06/2010 (Sabtu) - Bertolak ke Sipitang
  • 08.00 pg - Pertemuan dengan penulis/budayawan Sipitang>>Aturcara: Sipitang
  • 12.00 t/h - Bertolak ke Beaufort & Merarau
  • 2.00 ptg - Pertemuan dengan penulis/budayawan Beaufort>>Aturcara: Beaufort
  • 5.00 ptg - Bertolak ke Membakut (Bermalam di Membakut/Beaufort)
  • 8.00 mlm - Progaram bacaan puisi, bersidondang, bergandang dll>>Aturcara: Membakut

4. 13/06/2010 (Ahad) 8.00 pg - Bertolak ke Menumbok/Labuan


Nota: Aturcara adalah fleksibel - sesuaikan jika perlu


Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA