Selasa, 9 Mac 2010

Email Dari Ketua 2 PUTERA

DIALOG TELUK BRUNEI KE VI DI MIRI.
Friday, March 5, 2010 9:43 PM
From:"poul nanggang"


Salam para sahabat karyawan PUTERA dan yang memberikan sokongan dan dokongan kepada organisasi bahasa sastera di Utara Sarawak.

Pertama, 28 Februari 2010 berlalu, bagaimana dengan kertas kerja dari wilayah yang lain dalam lingkungan Teluk Brunei, sudahkan menghantar karya dan kerta kerja? Kalau belum mohon berbuat demikian. Selebihnya, kalau tiada pemakalah yang menghantar kertas kerja adalah atas kebijaksanaan PUTERA memberikan mandat kepada mana-mana karyawan bagi tujuan pembentangan kertas kerja.

Karya-karya puisi dan cerpen terpendek juga perlu disiapkan dalam kadar segera. Kita akan tetapkan bilangan halaman yang ada, di samping jumlah cetakan antologi itu. Mohon kerjasama dengan semua karyawan. Setakat ini, Labuan, sebahagian kecil Sabah melalui BAHASA telahpun berbuat demikian, beberapa teman dalam Sarawak akan tetapi APL belum lagi berbuat demikian termasuk juga Brunei dari ASTERAWANI. Mohon dapat diusahakan secepatnya.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA