Rabu, 30 Disember 2009

DIALOG TELUK BRUNEI KEVI 2010 DI MIRI, SARAWAK 2010

Tarikh sudah ditetapkan cadangan bahawa dalam bulan April acara itu dilaksanakan. Dengan persiapan awal semoga usaha ini dapat dilaksanakan. Kertas kerja pemakalah, karya dalam bentuk cerpen maha pendek dan puisi mesti TIBA kepada kami PUTERA pada 28 FEBRUARI 2010 sebagai tarikh luput/akhir. Kalau tidak selesai maka, karya atau makalah itu tidak dibukukan lalu dijadikan semacam kertas biasa sahaja.

Malam tadi saya sempat berbincang dengan Awang Assim dari Labuan bersama Jaya Ramba dan Wan Hairul. Antaranya hal yang dijelaskan beberapa kalinya:

(a). makalah silang wilayah dengan Labuan mengambil bahan Limbang dan sebaliknya, juga boleh bebas secara umum yang memastikan hal sastera budaya diangkat selain karya penulisan.
(b). Penyertaan dari persatuan/wilayah bergantung kepada situasi, mungkin dalam 5 -10 orang, selebihnya ditanggung oleh persatuan. Jumlah anggaran 100 orang peserta dari wilayah Teluk Brunei.
(c). Kos yang ditanggung pengelola hanyalah hotel, makan minum dan persidangan. Kos penerbangan dan tambang lain diurus sendiri oleh persatuan penulis.
(d). Pemakalah atau pembentang akan ditanggung tiket penerbangan atau kos tambang, hotel penginapan,dan honorarium.
(e) Kalau mampu membawa persembahan dari wilayah masing-masing untuk persembahan kesenian dan sastera yang akan diberikan ruang kepada semua perwakilan yang hadir.
(f). Kertas kerja/karya mestilah tiba pada 28 Februari 2010 kepada PUTERA untuk dikemaskan dan diproses penerbitan.
(g) Peminat yang datang secara bersendirian, hendaklah meminta kebenaran dan kelulusan daripada PUTERA secara bertulis terlebih dahulu.

Hal-hal lain belum dimesyuarat oleh Panitia Pertemuan lagi. Kami masih dalam proses membincangkan hal-hal dana dan lain-lain dalam usaha menjayakan pertemuan ini. Sokongan tuan puan amatlah dihargai menyemarakkan semangat berkarya dan bersastera di lingkungan wilayah Teluk Brunei.
Sekian, terima kasih.


KERTAS RINGKAS DIALOG TELUK BRUNEI KE-VII 2010

PERKARA: DIALOG TELUK BRUNEI KE-VII(2010)
TEMPAT: MIRI, SARAWAK[PUTERA].
TARIKH CADANGAN: MEI, APRIL, MAC 2010.
PENYERTAAN: 150 ORANG.
PENAJA:

TEMA CADANGAN:
1. JATI DIRI SASATERA WILAYAH TELUK BRUNEI.
2. SASTERA: AKAR BUDAYA BANGSA MENJANA MASA DEPAN.
3. AKAR MENCENGKAM BUMI, PUCUK MENGGAPAI AWAN.

PERBINCANGAN LEBIH TUNTAS:
1. SASTERA TRADISIONAL
2. SASTERA MODEN
3. MOHON BAHAGIAN TEORI & KRITIKAN DBP KL, MENYEDIAKAN DISKUSI KARYA PENGARANG SARAWAK DAN SABAH


4. MALAM SASTERA WILAYAH TELUK
  • BACA PUISI
  • BACA CERPEN
  • LAGU PUISI – KARYA PENYAIR TELUK
  • PERSEMBAHAN LAGU TRADISI
  • *SYAIR
  • *PANTUN
  • *GURINDAM
  • *BERMUKUN & LAIN-LAIN.

5. CADANGAN JUMLAH KERTAS KERJA & PEMBENTANG, PUTERA(4), BRUNEI(4), BAHASA(3), APL(2), PERWILA(2), UCAP TAMA(1) – TARIKH AKHIR FEBRUARI 2010.

6. ANTOLOGI PUISI PERTEMUAN SEBAGAI DOKUMENTASI – TARIKH AKHIR: AKHIR FEBRUARI 2010.

7. BAJET PENGELOLAAN – SUMBANGAN DANA.

8. MESYUARAT AJK PENGELOLA – PERBINCANGAN KERTAS KONSEP & PELANTIKAN AJK/PENGGERAK UTAMA.

9. SURAT JEMPUTAN PEMAKALAH SECARA RASMI, SURAT JEMPUTAN PERSATUAN SECARA RASMI & BILANGAN PENYERTAAN RASMI MAKSIMA.

10. ACARA PERASMIAN & PENUTUPAN.

11. TETAMU KEHORMAT MAJLIS.


Diterima Dari Poul Nanggang Ketua II PUTERA

Selasa, 29 Disember 2009

GAMBAR PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA KE XV DI BRUNEI

11-13 DISEMBER 2009
Bersama tokoh sastera Nusantara diantaranya, Medy Leokito, Prof Zainal Kling, Prof Arbak Othman, Viddy A Dairy, Nik Rakib, Djamal Tukimin, Ahli PERWILA Hj. Othman Mahali, Tawil Beddu, Suili Bakar, Hjh Hasnah Sambas dan lain-lain.


Di Brunei Darussalam

KARYA BENTUK ANEKDOT/CERPEN

KEPADA SEMUA TEMAN KARYAWAN/PENGARANG, PUTERA[PERSATUAN PENULIS UTARA SARAWAK] JUGA INGIN MENGUMPUL KARYA BENTUK ANEKDOT/CERPEN YANG PALING PENDEK DALAM 1-2 HALAMAN SAHAJA, UNTUK DIANTOLOGIKAN BERSAMA PUISI-PUISI DALAM PERTEMUAN TELUK INI. SEORANG KARYAWAN MENYUMBANG DALAM BENTUK SEBUAH ANEKDOT.CERPEN MAHA PENDEK. SILA KEMUKAKAN SEBELUM 28 FEBRUARI 2010 KEPADA SAYA, ATAU JAYA RAMBA ATAU ZAINAL ABIDIN HJ SUHAILI DI PUTERA MELALUI EMEL KAMI. SEORANG KARYAWAN SEBUAH KARYA. PENYERTAAN SELEPAS ITU TIDAK AKAN DILAYAN. SEKIAN, TERIMA KASIH.


Diterima dari: Poul Nanggang Ketua II PUTERA ~ email: pnbisaya@yahoo.com

Isnin, 28 Disember 2009

Perjumpaan AHLI PERWILA



Sabtu, 26 Dis 2009, kira-kira jam 4 petang, beberapa orang ahli PERWILA membuat perjumpaan di Restoran Malindo. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh:
  • Ketua 1 ~ Dr. Harun Haji Pudin
  • Setiausaha ~ En. Yahya Ahamd Puteh
  • Pen. Setiusaha ~ Cik Rafidah Mohamad
  • Bendahari ~ Tuan Haji Othman Mahali
  • AJK ~ Pn. Masmah Md Ali
  • AJK ~ Pn. Hjh. Hasnah Sambas
  • AJK ~ En. Matusin Ag. Damit
  • AJK ~ En. Ag. Asim Ag. Besar
  • Ahli Biasa ~ En Suili Bakar
  • Ahli Biasa ~ En. Matali
  • Ahli Biasa ~ Cik Nurfatihah Athirah

Perjumpaan kali ini membincangkan berkenaan aktiviti PERWILA yang bakal dianjurkan bagi tahun 2010. Antaranya ialah:

  1. Projek untuk Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM)
  2. Bengkel Penulisan Novel
  3. Pesta Teater Labuan 2010
  4. Penggambaran Telefilem / VCD
  5. Pelancaran Buku Sepulau Sekasih Kita
Hasil dari perbincangan yang dibuat antara Ketua 1 dan AJK PERWILA yang hadir, Projek untuk Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), Bengkel Penulisan Novel dan Pesta Teater Labuan 2010 dipersetujui untuk dianjurkan oleh PERWILA. Manakala Penggambaran Telefilem / VCD, masih lagi dalam pertimbangan dan Pelancaran Buku Sepulau Sekasih Kita, masih lagi dalam proses mencari tarikh yang sesuai untuk dilancarkan.


Perbincangan berakhir kira-kira jam 5.45 petang.

Jumaat, 18 Disember 2009

Jumaat, 27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua AHLI PERWILA dan para penulis di mana saja berada. Semoga kehadiran aidiladha ini akan kita sambut dengan penuh keinsafan dan Kerahmatan dari-NYA...
Apa jua kesulitan... sama-samalah kita berkorban memperjuangkan dunia seni sastera yang kita cintai ini....Semoga niat baik kita mendapat berkat dari-Nya.

Khamis, 19 November 2009

Penyampaian Hadiah Bahasa Sedco Ditunda

Majlis Penyampaian Hadiah Bahasa Sedco DITUNDA pada 2 Disember 2009.
Harap maklum...

Isnin, 16 November 2009

Selamat Hari Lahir Saudara Saad @ Suardi Bin Ismail Pada 15 November 2009

15 November 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Penyampaian Hadiah Bahasa Sedco

Di jemput hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah Bahasa Sedco dan pelancaran buku.

TARIKH : 25 November 2009
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Tingkat 3, Bangunan Sedco, Wisma Wawasan.

Rabu, 7 Oktober 2009

Selamat Hari Lahir Saudara Ag. Asim Pada 6 Oktober 2009

Selamat Hari Lahir yang ke 39 tahun kepada Saudara Ag. Asim Bin Ag. Besar. Beliau merupakan seorang guru dan juga ahli PERWILA. Saudara Ag. Asim berpengalaman dan pernah memenangi beberapa peraduan deklimasi puisi yang dianjurkan. Semoga Saudara Ag. Asim akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sabtu, 26 September 2009

PERADUAN MENULIS CERPEN LABUAN 2009

TARIKH TUTUP: 14 November 2009 jam 5 petang.

PENGENALAN
Sempena menyambut Jubli Perak 25 tahun penubuhan PERWILA pada 18 April 2010. PERWILA ingin mendapatkan cerpen-cerpen untuk diantologikan dan diterbitkan. Diharap peraduan ini mendapat sambutan dari penulis-penulis tempatan.

TUJUAN
  1. Menggalak dan memupuk bakat serta minat penulis dalam menghasilkan karya sastera dalam genre cerpen.
  2. Menambah koleksi karya sastera Labuan.
  3. Sebagai salah satu program sambutan Jubli Perak PERWILA.
SYARAT PENYERTAAN
  1. Peraduan ini hanya terbuka kepada penulis-penulis Labuan, termasuk mereka yang berada di luar Labuan berumur 16 tahun ke atas.
  2. Ditulis atau ditaip dalam Bahasa Melayu dengan langkau 1.5 sepanjang antara 12 hingga 20 muka surat kertas A4 sebelah muka surat sahaja.
  3. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar dua (2) buah cerpen karya asli penulis sahaja.
  4. Setiap penyertaan hendaklah melengkapkan Borang Penyertaan semasa menghantar karya kepada Urus Setia.
  5. Peraduan ini akan dihakimi oleh penal hakim yang dilantik oleh pihak penganjur dan keputusan panel hakim adalah muktamad.
  6. Penganjur tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan cerpen yang dihantar.
  7. Hakcipta cerpen dipegang oleh penulis tetapi penganjur berhak menerbitkan cerpen tersebut.
  8. Penulis diminta tidak menulis nama sendiri atau nama pena pada naskhah karyanya.
TEMA
Peserta boleh menulis mengenai perubahan kehidupan sosial masyarakat Labuan semenjak diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan (1984) hingga kini.

HADIAH
Hadiah Tempat Pertama RM 750.00
Hadiah Tempat Kedua RM 600.00
Hadiah Tempat Ketiga RM 400.00
5 Hadiah Saguhati Setiap Satu RM 150.00
10 Hadiah Penyertaan Setiap Satu RM 50.00

URUS SETIA
Puan Salbiah Ajis,
Radio Malaysia Labuan FM,
Peti Surat 81311,
87023, W.P Labuan.
No. Tel: 012-8242083

ANJURAN: PERSATUAN PENULIS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (PERWILA)

PENGUMPULAN LENCANA UNTUK GALERI PEMBELAJARAN

Kepada rakan-rakan, murid-murid atau bekas murid atau sesiapa sahaja, pihak kami sedang mengumpulkan lencana sekolah/maktab/ipg/universiti dalam bentuk JPG, atau lencana sebenar(sila nyatakan jumlah bayaran dan no akaun bank untuk kami bank in bayarannya)Tujuan lencana untuk dipamerkan dalam galeri pembelajaran SMK Lajau, W.P Labuan, dialu-alukan dengan penerangan lencana lengkap, sila hantar ke e-mail berikut: saharmis@hotmail.com

Contoh:


Ahad, 13 September 2009

Khamis, 10 September 2009

Selamat Hari Lahir En Ali Ag. Lahap 10 September 2009

Selamat Hari Lahir yang ke 45 tahun kepada Encik Ali Bin Awang Lahap. Encik Ali merupakan ahli PERWILA yang telah lama bersama persatuan ini. Karya beliau turut dimuatkan didalam beberapa buah antologi. Semoga Encil Ali gembira selalu dan terus berkarya...


Get the Hari Lahir code at Myspace Graphics

Selasa, 8 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PERWILA 9 SEPTEMBER 2009 DI SMK LAJAU

Majlis Berbuka Puasa PERWILA di SMK Lajau 9 September 2009, esok bermula dengan Mesyuarat AJK jam 5.00 petang, jam 6.00 ahli semua dijemput hadir. Jemput datang beramai-ramai... sungkai esok, Rabu....Lokasi: Kantin SMK Lajau

Rabu, 2 September 2009

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA AHLI PERWILA

Selamat berpuasa kepada semua ahli PERWILA, semoga mendapat barakah. Terus menulis dan terus menulis. Tahniah kepada AJK PERWILA Puan Salbiah Ajis yang mendeklamasikan puisi Jamung Merdeka bersama temannya dalam Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-52 di Dataran Labuan pada pagi 31 Ogos lalu.

Jika tiada aral melintang majlis Berbuka Puasa ahli PERWILA akan diadakan di SMK Lajau pada petang 12 September nanti, terima kasih kepada Bendahari Tuan Haji Othman Mahali yang sedang menguruskan majlis yang menjadi tradisi setiap tahun. Tunggu SMS beliau nanti, semua dijemput.....

SAHAR MISRON,
KETUA 2

Jumaat, 28 Ogos 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua ahli PERWILA.
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.


Rabu, 19 Ogos 2009

Selamat Hari Lahir Faten Hamama 19 Ogos 2009

Selamat Hari Lahir yang ke 34 tahun kepada Cik Faten Hamama Binti Abdul Hadi. Cik Faten Hamama merupakan ahli PERWILA yang mana karya beliau turut dimuatkan didalam beberapa buah antologi. Semoga Cik Faten Hamama gembira selalu dan terus berkarya...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rabu, 29 Julai 2009

Sepulau Sekasih Kita Bakal Dilancarkan


Sebenarnya tidak ada bahan penting yang ingin diceritakan kali ini, cuma rasa tidak sabar menunggu masa pelancaran buku Sepulau Sekasih Kita.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercaya, pelancaran buku Kumpulan Puisi Labuan iaitu Sepulau Sekasih Kita ini akan diadakan dalam sedikit masa lagi. Cuma tarikh dan masa masih belum ditetapkan.

Walaupun karya beberapa orang ahli PERWILA telah banyak diterbitkan bersama penulis dari luar Labuan, namun penghasilan kumpulan puisi kali ini cukup bermakna bagi ahli PERWILA sendiri kerana penerbitan "Sepulau Sekasih Kita" ini adalah hasil usaha sepenuhnya oleh ahli PERWILA, dan PERWILA sendiri memberi peranan yang amat besar dalam menjayakan penerbitan antologi puisi kali ini. Semoga penghasilan yang membanggakan ini akan menjadi pendorong dan penguat semangat kepada PERWILA untuk menghasilan karya yang lebih banyak dan bermutu dimasa akan datang.

Isnin, 29 Jun 2009

PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI MERDEKA PERINGKAT W.P LABUAN

Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Peringkat W.P Labuan diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan jam 8.00 malam tadi 28 Jun 2009. Majlis perasmian disempurnakan oleh En. Jasmi, Timbalan Pengarah Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Sabah, turut hadir ialah Pengarah Muzium Labuan Cik Siti Rabia, Pengarah Pelajaran Labuan, En. Mohammad Zaki Mohd. Yusof, dan En. Sahar Misron, Ketua 2 PERWILA. Pertandingan dihakimi oleh Prof Inon dari UMS Sabah, Dr. Harun Hj. Pudin Ketua 1 PERWILA, dan Sdr. Awang Asim Ag Besar.

Pertandingan dimenangi johan menanti, Sdr. Pamela, Naib Johan Sdr Lim Swee Fong, dan ketiga Sdr Abd Laham Ludin. Persembahan selingan oleh kanak-kanak Tadika Perpaduan dan penari Perbadanan Labuan.

Jumaat, 26 Jun 2009

PERBINCANGAN PENULIS ANTOLOGI "SEPULAU SEKASIH KITA"

Satu perbincangan penulis antologi "Sepulau Sekasih Kita" telah diadakan di Restoran Malindo Labuan pada 24 Jun 2009, jam 8.30 hingga 11.30 malam. Perbincangan berkisar tentang masa depan antologi ini yang telah turut dinilai oleh DBP Sabah untuk Hadiah Sastera Sabah, juga untuk menjadikan antologi ini muncul dalam arus perdana sastera perdana, untuk bahan bacaan tambahan sastera atau untuk dinilai dalam pemilihan sastera KOMSAS sekolah menengah.

Perbincangan dihadiri Sdr. Ketua 2, Sahar Misron, Setiausaha,Sdr. Yahya Ahmad Puteh, Bendahari Hj Othman Mahali, Sdr. Tawil Bedu, Sdr Suhili Bakar (ANS), Hjh Hasnah Sambas, Sdri.Rafidah Mohamad.

Sdr. Ketua 2 juga sedang mengedit kesilapan-kesilapan dalam antologi ini sebelum diulang cetak kali kedua dalam waktu terdekat.

Selasa, 23 Jun 2009

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (2008/2009)

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mengumumkan suatu pengiktirafan dwitahunan yang diberikan ke atas karya sastera Melayu pelbagai genre yang memperlihatkan mutu penciptaan yang tinggi. Pengiktirafan ini dikenali sebagai Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Antara matlamat hadiah ini adalah untuk menggalakkan penciptaan dan penerbitan karya sastera bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu, dan mengiktiraf karya yang telah mencapai tahap mutu yang membanggakan.

Penilaian akan dibuat terhadap karya yang diterbitkan dalam tahun 2008 dan 2009, berdasarkan kategori berikut:

KATEGORI A
(BUKU DEWASA) KATEGORI B
(KARYA ECERAN) KATEGORI C
(BUKU REMAJA/
KANAK-KANAK)
Karya perseorangan yang diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun penilaian bagi genre:

• Novel
• Cerpen
• Puisi
• Drama Pentas
• Esei dan Kritikan Sastera
• Kajian Sastera
• Biografi/Autobiografi Karya perseorangan yang disiarkan dalam surat khabar, majalah, jurnal atau buku (antologi) pada tahun penilaian bagi genre:

• Cerpen
• Puisi
• Drama Pentas
• Esei/Kritikan/Kajian Sastera
Karya perseorangan yang diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun penilaian bagi genre:

• Novel
• Cerpen
• Puisi
• Drama Pentas

____________________________HADIAH__________________________

• Kategori A RM10,000.00 x 7 hadiah (satu hadiah bagi setiap genre)
• Kategori B RM1,000.00 x 10 hadiah (genre cerpen)
RM1,000.00 x 10 hadiah (genre puisi)
RM1,000.00 x 10 hadiah (genre esei/kritikan/kajian sastera)
RM1,000.00 x 3 hadiah (genre drama pentas)
• Kategori C RM5,000.00 x 8 hadiah (satu hadiah bagi setiap genre)

SYARAT DAN PERATURAN

1. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia.
2. Karya hendaklah diterbitkan atau disiarkan pertama kali dalam tahun penilaian (2008 – 2009), sama ada dalam bentuk buku atau eceran.
3. Bagi genre drama pentas Kategori B, karya hendaklah disiarkan atau dipentaskan pertama kali dalam tahun penilaian. Penilaian akan dibuat berdasarkan skrip asal berserta gambar atau bahan promosi pementasan (poster, brosur atau buku cenderamata) sebagai bukti pementasan.
4. Bagi Kategori C, karya sastera remaja ialah karya sastera untuk bacaan remaja dalam lingkungan umur 13-18 tahun, manakala karya sastera kanak-kanak ialah karya sastera untuk bacaan kanak-kanak dalam lingkungan umur 9-12 tahun.
5. Bagi karya berbentuk buku dalam Kategori A dan C hendaklah mempunyai nombor rujukan ISBN atau KDN.
6. Setiap judul karya, sama ada buku atau eceran, hendaklah dihantar dalam empat naskhah karya asli atau salinan fotokopi yang jelas dan dijilid kemas.
7. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan karya semasa penghantaran. Bukti penghantaran tidak boleh dijadikan bukti penerimaan penyertaan.
8. Semua penyertaan hendaklah dialamatkan kepada:

URUS SETIA HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2008/2009,
BAHAGIAN PENGEMBANGAN SASTERA,
JABATAN SASTERA, TINGKAT 22, MENARA DBP,
JALAN DEWAN BAHASA,
50460 KUALA LUMPUR.
TARIKH TUTUP: 31 Mac 2010

** Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Puan Nazmah Ani/Puan Malissa Ab Malik
No. Telefon: 03-21481470/21481240
E-mel : nazmah@dbp.gov.my / malissa@dbp.gov.my

Sabtu, 20 Jun 2009

TERIMA KASIH KEPADA NORGADIS LABUAN

Terima kasih kepada Norgadis Labuan yang berusaha mengemaskinikan blog PERWILA secara bersama dengan Setiausaha dan Ketua 2, semoga blog ini sentiasa kemas kini.

Peluang terbuka kepada peminat sastera esok, Hari Koperasi SMK Labuan, PERWILA akan menjual Antologi "Sepulau Sekasih Kita" di SMK Labuan mulai jam 8.00 pagi....Belilah banyak-banyak antologi ini untuk cenderahati rakan-rakan di Labuan atau luar Labuan.Harganya tidak mahal RM15.00 sebuah....beli kupon dulu ya....

Daripada Ketua 2

Rabu, 10 Jun 2009

Peraduan Menulis/Mengisahkan Semula Cerita Rakyat Sabah


DBP Cawangan Sabah


Peraduan Menulis/Mengisahkan Semula Cerita Rakyat Sabah 2009
Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

♦ untuk memperoleh bahan cerita rakyat dalam bentuk bertulis
♦ untuk tujuan penerbitan buku, majalah dan untuk pendokumentasian
♦ untuk menanam dan memupuk minat serta penghayatan orang ramai terhadap warisan sastera rakyat yang terdapat dalam pelbagai masyarakat dan budaya di negeri ini
♦ untuk menggalakkan bakat dalam penulisan semula bahan-bahan sastera rakyat

Cerita rakyat di sini meliputi cerita-cerita seperti cerita asal-usul (tempat/nama tempat, kejadian, benda/objek, amalan budaya dsb) cerita lipur lara, cerita pengembaraan, cerita epik, cerita mitos, cerita legenda, cerita lucu

1. Penyertaan terbuka kepada semua golongan masyarakat di Sabah.

2. Cerita hendaklah benar-benar ada atau memang pernah wujud dalam masyarakat atau etnik yang berkenaan dan bukan direka-reka mengikut imaginasi penulis. Keutamaan diberikan kepada cerita-cerita yang ada informan atau tukang cerita yang khusus (dan maklumat informan ini disertakan dalam Borang Penyertaan).

3. Cerita hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu baku, ditaip jarak dua atau double spacing dengan menggunakan kertas saiz A4 dan sebelah halaman saja. Fon saiz 12 pt. Bagi cerita yang ditaip menggunakan komputer, pengiriman disketnya sangat dialu-alukan. Kalau ditulis tangan, hendaklah kemas dan mudah dibaca.

4. Cerita hendaklah TIDAK diterjemahkan atau ditiru daripada cerita yang sudah terbit baik dalam buku mahupun majalah dan penerbitan lain.

5. Panjang setiap cerita hendaklah tidak kurang daripada 5 halaman.

6. Cerita hendaklah ditulis dengan memberikan keutamaan kepada mutu penyampaian (jalan cerita yang lancar, teratur dan menarik) dan gaya bahasa lancar.

7. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu cerita tetapi maksimum hanya 3 sahaja layak dipertimbangkan untuk memenangi hadiah yang disediakan.

8. Semua cerita yang dihantar untuk menyertai peraduan ini tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihati supaya menyimpan salinannya.

9. Peserta tidak boleh menggunakan cerita yang dihantar untuk menyertai peraduan ini bagi tujuan-tujuan lain pada masa yang sama, misalnya (i) untuk menyertai peraduan lain, (ii) untuk diterbitkan dalam majalah, buku, akhbar dsb oleh pihak lain dsb.

10. Cerita yang dihantar mestilah dalam bentuk salinan pertama, bukan salinan pendua atau fotostat.

11. Nama peserta jangan ditulis pada halaman cerita tetapi dalam Borang Penyertaan sahaja.

12. Semua cerita hendaklah dikirim (melalui pos atau hantar tangan) menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang boleh diperoleh daripada Urus Setia. Borang ini boleh difotostat dan boleh juga direka sendiri mengikut formatnya yang asal.

13. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan mana-mana cerita yang dihantar dalam apa-apa juga bentuk mengikut budi bicaranya. Hak cipta untuk semua cerita yang terpilih akan dipegang oleh DBP.

14. Cerita mesti sampai kepada Urus Setia pada atau sebelum 31 Julai 2009. Cerita yang lewat sampai tidak akan diambil kira.

15. Keputusan Panel hakim dan Urus Setia muktamad.

Pertama: RM1,500.00
Kedua: RM1,200.00
Ketiga: RM800.00
7 Sagu Hati: 350.00 Setiap Satu

Alamat Urus Setia

Unit Penyelidikan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sabah,
Beg Berkunci 149,
88999 KOTA KINABALU.
(u.p: Puan Norjanah Yusof)


untuk pertanyaan hubungi; Puan Norjanah Yusof
Tel: 088-439315
Faks: 088-439318
E-mel: norjanah@dbp.gov.my

Peraduan Menulis/Mengisahkan Semula Cerita Rakyat Sabah 2009
Tarikh Tutup pada atau sebelum 31 Julai 2009
Kategori: TERBUKA

PERTANDINGAN ENTRI TERBAIK HARI BAPA



Perhatian! Ini adalah iklan.

SangPelangi diajak oleh seorang sahabat untuk sama-sama menganjurkan pertandingan ini. Pertandingan ini tidak bertujuan spesifik, melainkan meluaskan kenalan di kalangan penulis blog, di samping mengeratkan persahabatan sesama kita. Walaupun hadiahnya tidak selumayan yang dijangkakan, dari semasa ke semasa, saya dan sahabat akan berusaha menambahkan nilaian hadiah untuk menggalakkan penyertaan. (Jika ingin menjadi penaja, segera hubungi saya, ya.)

Pertandingan bermula secara rasmi pada hari ini. Jadi, tuliskan sesuatu di blog anda untuk meluah rasa yang jujur berkenaan ayahanda kalian. Kemudian, hantarkan pautan (link) entri anda itu di ruangan komentar di bawah, atau menggunakan borang ini.

*Setiap pemenang dianugerahkan satu banner seperti di bawah ini untuk diletakkan di bahagian tepi blog sebagai tanda penghargaan dan peringatan dari kami.

1 Hadiah Utama (satu pemenang)

Logo Johan

- Wang Tunai RM100

- hadiah lain bakal menyusul dari semasa ke semasa.

5 Hadiah Penghargaan (Saguhati)

Logo Saguhati

- Wang Tunai RM20

- hadiah lain bakal menyusul dari semasa ke semasa.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Warganegara Malaysia. (Tidak kira di planet mana.)

2. Mempunyai sebuah blog, tidak kira dalam bahasa apa pun. (Percuma, atau berbayar bukan isunya.)

3. Entri untuk tujuan penyertaan wajib ditulis dengan Bahasa Melayu. (Singkatan SMS sangat dilarang.)

4. Entri berkisar jasa seorang ayah, pengorbanan, kisah suka duka, dan segala yang berkaitan dengannya.

5. *Entri haruslah ditulis pada tahun 2009.

6. Tarikh tutup adalah 12 tengahari (waktu Malaysia) Isnin, 15 Jun 2009. Senarai lengkap peserta akan diumumkan pada keesokan harinya iaitu 16 Jun 2009, manakala pemenang akan diumumkan pada 25 Jun 2009 di blog ini juga. Jadi, pastikan anda tidak silap menulis alamat emel anda supaya mudah dihubungi oleh kami nanti.

Kaedah Pengadilan:

1. Teknik dan gaya penulisan adalah bebas.

2. Anda tidak diberi markah tambahan untuk tatabahasa dan gaya bahasa yang betul, bahkan tidak ditolak jika salah.

3. Keseluruhan markah dinilai dari segi kreativiti, unik, dan mengesankan pembaca.

4. Elakkan tulisan dengan warna yang pelbagai, serta besarkan tulisan untuk memudahkan pembacaan.

Barisan Pengadil:

- akan disenaraikan kelak - (sedang menanti pengesahan dan persetujuan dari mereka)

Selamat Menulis!

Yang Menjemput,

Irfan Jani

Selasa, 9 Jun 2009

MESYUARAT PERTAMA AJK PERWILA 2009

17 Mei 2009



Masyuarat ini diadakan pada 17 mei 2009, jam 7.30 malam dan dipengerusikan oleh Ketua 1 PERWILA, Dr. Harun Haji Pudin. Mesyuarat pertama AJK PERWILA 2009 ini di adakan di Bilik Semarak, SMK Lajau. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh PERWILA dalam waktu yang terdekat ini. Antaranya ialah membincangkan aktiviti bengkel deklamasi puisi dan syair, sambutan ulang tahun PERWILA yang ke 24 tahun, pelancaran buku terbitan pertama PERWILA, Sepulau Sekasih Kita.

Turut juga dibincangkan soal pembahagian tugas kepada ahli untuk melancarkan perjalanan aktiviti yang akan dibuat. Mesyuarat berakhir kira-kira jam 11.20 malam.

SELAMAT ULANG TAHUN EN. SAHAR MISRON

03 Mei 2009

zwani.com myspace graphic comments
Happy Birthday Graphic Comments

Selamat menyambut hari lahir hari ini untuk Ketua Dua PERWILA, En Sahar Misron dari kami sekeluarga. Semoga gembira merayakan hari lahir ini bersama keluarga tercinta.

TEKNIK DEKLAMASI PUISI

Penampil di pentas cukup relax/tidak seperti pembaca-pembaca lain yang agak semacam “ketungkalan? Dan mimik muka mereka sudah cukup menjelaskan. Perlu tampil dengan kebijaksanaan dengan cara mengatur gerak nafas/langkah yang cukup meyakinkan yang menyebabkan sukar kita memerhatikan kelemahan nafas yang melintas lewat pembesar suara seperti deklamator lain. Tenang dan tahu benar bagaimana caranya menggunakan alat pembesar suara.

Sebutan atau artikulasi padat dan jelas. Setiap kata yang dilontarkannya cukup berkesan dan ini juga berbeda dengan deklamator lain/misalnya ramai kalangan peserta yang selalu saja melakukan kesilapan dari segi sebutan/misalnya kata “saya? Menjadi “Sayah”, “Maka” menjadi “Makah”, “Kau” jadi “Kauh”. Rata-rata peserta tidak memerhatikan kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan terutama sekali peserta dari Kota Marudu. Barangkali para peserta harus melatih diri/dengan cara menyebut suku kata berkali-kali seperti ma-ka/sa-ya/seng-sa-ra/de-ri-ta dan sebagainya/latihan semacam ini bisa diperolehi lewat kelas teater atau lakukannya secara sendiri.

Seperti yang saya perkatakan sebelum ini bahawa untuk memperbaiki sebutan/artikulasi ini/latihan yang yang selalu harus dilakukan dengan cara suaranya dirakam dan didengar semula/apakah nantinya suara yang dilontarkan itu benar-benar tepat atau bagaimana dan cara inilah peserta dapat mengatasi persoalan yang dibangkit.

Disamping itu intonasi juga begitu ketara tidak begitu mantap kerana setiap ayat yang dilontarkan membawa makna yang berbeda kalau tersalah lontar. Misalnya “Saya mahu ke Kota Kinabalu” kalau kita tekankan perkataan SAYA/maknanya bukan dia dan bukan kau, tetapi saya. Kalau kita tekankan Sembulan/maknanya bukan Kota Kinabalu atau Petagas, tetapi Kota Kinabalu dan demikian juga kalau kita tekankan perkataan MAHU atau sebaliknya. Jadi, setiap ayat yang dilontarkan harus ada hukumnya dan hukum inilah yang selalu dilanggar oleh deklamator yang menyebabkan cara deklamasi begitu hambar dan tawar.

Barangkali harus kita perhatikan kala kita sebut perkataan APA yang tentu saja merupakan pertanyaan, akan tetapi kalau misalnya tersalah ucap/ia membawa erti semacam amaran dan untuk menentukan maknanya/tentu saja tergantung kepada tekanan ucapan yang diperkatakan.

Selain daripada Intonbasi, getikulasi, cuba saja kita fikirkan kala seorang deklamator tampil di atas pentas, maka apa yang pertamanya kita lihat. Tentu saja cara dia masuk/cara dia berdiri menghadapi alat pembesar suara yang barangkali disebut disiplin/lalu setelah dia deklamasi/maka kita akan lihat seluruh gerak tubuhnya/kakinya/tangannya terutama sekali wajahnya alias mimik mukanya yang lebih dikenali sebagai EXSPRESI.

Misalnya kalau kita membaca sajak yang sedih, tetapi wajah kita tampak senyum/maka itu sudah tentu berlawanan/makanya sebelum deklamasi sesebuah buah/seorang deklamator harus membuat kajian terlebih dahulu tentang isi sajak yang dibaca termasuk latar penyairnya itu sendiri/tetapi ramai kalangan deklamator kita hanya terus membaca tanpa adanya ilmu ketahui latar penulis atau isi sajak yang menyebabkan penyampaian agak hambar dan lemah.

Kelihatannya ada seorang dua yang kala membaca aktingnya/mimiknya agak berlebih-lebihan dan menurut Rendra yang sedemikian samalah menghidangkan paha ayam kepada orang yang barusan makan paha ayam atau lebih tepat dikatakan HAM-AKTING yang akhirnya penonton jadi muak/mual kala melihatnya dan hal semacam ini begitu ketara saya lihat dimana-mana acara baca sajak.

Kembali kepada ESPRESI/mimik atau Aksi. Deklamasi puisi agak berbeda dengan lakunan yang mata penonton terlontar kepada keseluruhan pentas kerana aktornya sekian banyak/sedang deklamasi puisi sayembara hanya seorang saja dan di sinilah kita sepenuhnya menumpukan penglihatan kepada gerak tubuh, terutama sekali mimik muka/permainan gerak mata/pipi/gerak urat di leher, tangan dan sebagainya/cara membuka mulut/sentuhan gigi atas dan bawah/jejari/kaki/siku/bibir/rambut dan setiap apa saja anggota tubuh kita. Semuanya harus bergerak sama/saling bantu membantu dan kalau ini diperhatikan secara bijak, maka persembahan akan meninggalkan kesan yang mendalam dan inilah yang rata-rata tidak ada di kalangan para deklamator puisi kita, baik di Sabah atau di Semananung Malaysia.

Kelemahan yang disebut oleh prof Osman Putih tentu saja soal cara menggunakan alat pembesar suara yang kekadang merosakkan teknik baca puisi yang tidak diperhatikan oleh deklamator. Misalnya bercakap di depan alat pembesar suara bukan semudah yang kita fikirkan/setiap orang harus mengetahui dan menguasai gerak nafas/misalnya tersilap hembus nafas/itu akan merosakkan acara.

Saya perhatikan ramai yang gagal dalam bidang ini/mereka kala melontar mencuba menjauhkan mulut mereka, tetapi kala mengucapkan secara perlahan terus saja mendekati pembesar suara yang menyebabkan gerak nafas terlontar sama dan ini mencatatkan artikulasi yang tentu saja tidak mereka sedari dan hal ini harus diperhatikan dimusim-musim mendatang.

Disamping alat pemebesar suara/soal pakaian juga harus diperhatikan kerana ini akan membawa kesan yang tidak kurang pentingnya kerana perlu dijelaskan bahawa seorang pemidato yang hebat/selalu saja memerhatikan warna dan bentuk pakaiannya dan menurut Dale/pakar pidato bahawa warana pakaian yang baik untuk tampil di atas pentas ialah warna hitam dan Putih kerana ia meninggalkan kesan/makanya Rendra kala muncul di TIM suka sangat berpakaian hitam yang menyebabkan dia digelar Gagak Hitam/walau bagaimana/keadaan ini harus dilihat tentang latar belakang di mana kita berdiri. Misalnya kalau saja latarnya Hitam/maka tentu saja warna putih paling sesuai atau sebaliknya. Begitulah. Iya, demikian catatan untuk kali ini. Nanti ketemu lagi.

Bahan diterima dari Email Ismaily Bungsu

ANTOLOGI PUISI SEPULAU SEKASIH KITA

18 April 2009


PERWILA telah mencipta sejarah baru setelah PERWILA akhirnya berjaya buat pertama kalinya menerbitkan naskah antologi puisi sendiri. Percubaan yang mengkagumkan ini telah melahirkan 11 orang penulis yang telah menghasilkan beberapa buah puisi di dalam Antologi Puisi SEPULAU SEKASIH KITA. Antara penulis yang mencipta nama didalam Antologi ini ialah Bintang Syurga, Faten Hamama, Hajah Hasnah Sambas, Haji Othman Mahali, Lia Maisarah, Isma R.H, Norgadis Labuan, Samsa Harris, Suili Bakar ANS, Suardi Ismail dan Yahya Ahmad Puteh.

Antologi Puisi "Sepulau Sekasih Kita" yang memuatkan puisi-puisi indah ini dijual dengan harga RM 15.00 senaskah. Untuk mendapatkannya, bolehlah berhubung dengan AJK PERWILA. Semoga akan datang akan terbit pula antologi Cerpen dari PERWILA.
Salam Sastera.

NORGADIS LABUAN

18 April 2009




















18hb. April 2009. Selepas Mesyuarat Agong Dwi Tahunan selesai, PERWILA telah menyampaikan hadiah kelahiran yang ke 38 tahun kepada salah seorang penulis persatuan tersebut iaitu Norgadis Labuan yang telah menjadi ahli semenjak tahun 1986. Hadiah dari PERWILA merupakan sebuah bingkai dan gambar aktiviti Norgadis Labuan bersama-sama PERWILA. Hadiah istemewa itu telah disampaikan oleh Ketua 1 PERWILA, Dr. Harun Hj Pudin. Jelas dan nyatalah bahawa PERWILA sentiasa menghargai ahlinya.

MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN

18 April 2009

















Mesyuarat Agong Dwi - Tahunan PERWILA yang di adakan di Kantin Taman Pertanian Kilan pagi tadi berjalan dengan lancar. Pemilihan AJK PERWILA sesi 2009/2010 tidak banyak perubahan memandangkan ahli yang hadir sepakat bahawa tiada pelantikan baru untuk jawatan Ketua 1, Ketua 2, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari. Cuma ada sedikit perubahan dengan pelantikan AJK.

Ketua 1:
Dr. Harun Hj. Pudin
Ketua 2:
En. Sahar Misron
Setiausaha:
En. Yahya Ahamd Puteh
Pen. Setiausaha:
Cik Rafidah Mohamad
Bendahari:
Tn. Hj Othman Mahali

AJK:
01. Pn. Hasnah Sambas
02. En. Ag. Asim Ag. Besar
03. Pn. Salbiah Ajis
04. Pn. Masmah Mohd Ali
05. En. Matusin Ag. Damit
06. En. Laham Rudin
07. Tn. Hj Abd. Rahman Lamudin
08. En Ali Ag Lahap
09. En. Suardi Ismail
10. Pn Fatimah Ibrahim


Juruaudit:
01. En Tawil Beddu
02. En Nordin Mokhtar


Agenda Mesyuarat
01. Ucapan Pengerusi / Ketua 1
02. Pengesahan Minit Mesyuarat Agong 2007/2008
03. Perkara-perkara berbangkit
04. Membentang dan menerima laporan Tahunan 2007/2008
05. Membentang dan menerima Penyata Kewangan 2007/2008
06. Pemilihan AJK 2009/2011
07. Hal-hal Lain


Mesyuarat diakhiri dengan bergambar ramai, pameran buku Antologi Puisi "Sepulau Sekasih Kita" dan makan tengahari.



MESYUARAT AGONG PERWILA 2009


Pameran Buku Antologi Puisi SEPULAU SEKASIH KITA akan diadakan sewaktu mesyuarat Agong dwi Tahunan dijalankan. Kepada sesiapa yang berminat ingin memiliki senaskah dua atau lebih antologi tersebut, bolehlah datang beramai-ramai ke Kantin Taman Pertanian Kilan, Wilayah Persekutuan Labuan. Sokonglah penulis kita.



SEPULAU SEKASIH KITA

1 Mac 2009.

Tengah sibuk ni. PERWILA sebenarnya sedang berusaha membuka sejarah baru kerana buat pertama kalinya PERWILA akan menerbitkan antologi puisi sendiri. Rekabentuk kulit buku telah dibuat oleh Abang Mat. Manakala tajuk buku “Sepulau Sekasih Kita” adalah idea indah dari Ketua Dua PERWILA, Sahar Misron.




BENGKEL PENULISAN ASAS DAN PENERBITAN BUKU

14 dan 15 Februari 2009

Bengkel Penulisan Asas Dan Penerbitan Buku anjuran PERWILA dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Labuan (MTPL) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Majis Pelancongan Labuan, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan telah dihadiri 30 orang peserta itu diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan teknik-teknik penulisan buku, kaedah penerbitan, mengetahui etika penulisan buku, tugas editor dan reka bentuk buku dan memahami akta serta hak cipta. Bengkel dibimbing oleh Prof. Madya Dr. Hamedi Mohd. Adnan dari Universiti Malaya dan Rusdi Awang dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBP).




BENGKEL PENULISAN SKRIP DRAMA RADIO

24 - 25 Januari 2009


Saya telah menghadiri Bengkel Penulisan Skrip Drama Radio di Studio Labuan FM, anjuran Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA). Antara lain tujuan PERWILA menganjurkan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan teknik, kaedah menulis skrip drama radio dan menggalakan serta mencungkil bakat penulis Labuan dalam bidang tersebut. Para peserta bengkel telah dibimbing oleh Mohamad Salleh (Mat Kongo) yang didatangkan dari Kota Kinabalu, Sabah.


DIALOG TELUK V1 2008

14 - 16 November 2008

Labuan (PERWILA) telah menganjurkan Dialog Teluk VI, pada 14 – 16 November 2008, dengan tema “Teluk Pemangkin Persaudaraan Serantau”.

Mengikut sejarah, program Dialog Teluk pada awalnya diberi nama Dialog Penulis Teluk dan dirintis oleh PERWILA pada tahun 1987 (24-26 Disember) sebagai wadah kepada bahan-bahan kebahasaan dan kesusasteraan di kawasan wilayah persisir Teluk Brunei. Program yang mendapat kerjasama GAPENA ini kemudian dilanjutkan pula oleh ASTERAWANI pada 24-26 Disember 1988 di Bandar Seri Begawan. Nama program ini kemudian ditukar kepada Dialog Teluk Brunei. Selepas itu ia diteruskan oleh Badan Seni Budaya Limbang pada Jun 1990. Dan sekali lagi nama program bertukar menjadi Dialog Teluk sahaja. Badan Bahasa dan Sastera Sabah Cawangan Kuala Penyu, BAHASA yang sepatutnya mengelolakan program ini berikutnya menghadapi masalah dana dan kemudian, pada tahun 1997 (10-14 Julai) BAHASA Pusat mengambil alih dan melangsungkan di Kota Kinabalu. Manakala Dialog Teluk ke-5 pula diselanggarakan oleh Majlis Bahasa dan Sastera Negeri Sabah pada 10-12 November 2001 yang berlangsung di Pekan Sipitang.

Program ini seperti Dialog Utara, Dialog Pantai, Dialog Selatan di Semenanjung Malaysia, telah dapat menghimpun para pengarang, penulis, karyawan dan budayawan malah dapat menjalinkan kerjasama dan mengerat-rapatkan tali silaturrahim. Maka ini di antara matlamat dialog ini diwujudkan selain dapat memperkenalkan adat budaya masyarakat setempat. Para peserta terutama penulis-penulis baru menjadi wadah dan peluang berkenalan dengan para pengarang yang sudah jauh lebih ke hadapan dalam berbagai bidang penulisan. Ini sudah sewajarnya menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Adalah menjadi harapan Ketua Satu PERWILA Dr. Harun Haji Pudin, agar ianya dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Diharap juga badan-badan kerajaan yang berkaitan untuk memperkasa bahasa, sastera dan budaya dan pihak swasta yang bersimpati akan terus memberi perhatian dan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh persatuan-persatuan untuk meneruskan program yang bermanafaat ini.

Antara aktiviti Dialog Teluk VI 2008 ialah pembentangan kertas kerja dari pembentang Labuan, Sabah Sarawak, Brunei DS dan GAPENA, Lawatan ke Kampung Patau-Patau Satu, persembahan kebudayaan, perasmian dan pelancaran buku Lambaian Teluk, antologi puisi penulis-penulis Labuan.

Dialog Teluk yang disertai oleh Labuan, Sabah, Sarawak dan Brunei DS telah memasukkan Miri sebagai rakan Dialog kali ini. Mudah-mudahan Dialog Teluk akan menjadi pemangkin perpaduan persaudaraan serantau, tema program dialog 2008.

Acara perasmian Dialog Teluk VI, 2008 dan pelancaran buku Lambaian Teluk telah disempurnakan oleh Ahli Perliman Labuan YB. Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal yang turut menyumbangkan 10k untuk aktiviti PERWILA.





PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi:

Ketua Satu,

Tuan Haji Othman Mahali

Kios HOM Enterprise, No 1,
Terminal Ferry Antarabangsa,
Wilayah Persekutuan Labuan (016-8321065)

Ketua Dua,

Saudara Sahar Misron

SMK Pantai W.P Labuan (012-9128609)



AJK PERWILA 2015/2017

AJK PERWILA 2015/2017